Wednesday, January 10, 2007

Forum Ekonomi Anjuran Barisan Rakyat Pandan


Ramai yang meramalkan ekonomi Malaysia akan menjadi gawat pada 2007. Kesannya sudah mula dirasakan oleh rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah. Suara-suara mengkritik kebijaksanaan dasar-dasar ekonomi yang dijalankan oleh UMNO dan Barisan Nasional sudah mula kedengaran dimana-mana. Kenaikan kadar jenayah ragut dan rompakan adalah petunjuk bahawa pengagihan kek ekonomi kita semakin menyusut dan meruncing. Gejala rasuah semakin membesar dan menjadi wabak didalam negara kita.

Kenaikan harga minyak, kenaikan harga eletrik dan air dan ditambah pula dengan kenaikan harga tol semakin menghimpit kehidupan rakyat. Beban kos pembangunan yang sepatutnya diselenggaranya secara cermat dan bijaksana oleh kerajaan dibebankan kepada rakyat. Jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin didalam negara kita semakin melebar. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana.

Apakah halatuju sebenar ekonomi negara? Apakah Dasar Ekonomi Baru (DEB) betul-betul memberi faedah terbanyak kepada rakyat? Apakah punca yang menyebabkan banyak dasar-dasar ekonomi kerajaan gagal dalam perlaksanannya? Apakah penyelesaian sebenar bagi kemelut ekonomi negara?

Sila hadir beramai-ramai pada 14 Januari ini di Hotel Maluri Inn untuk mendengar dan mengambil bahagian dalam membicarakan persoalan-persoalan ekonomi yang menyentuh kepentingan kita semua.

Tuesday, January 9, 2007

Dr Mahathir bersetuju demonstrasi bantah tol

Abdul Aziz Mustafa
Tue | Jan 09, 07 | 03:35:53 AM

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju demonstrasi membantah kenaikan tol asalkan diadakan secara aman.

"Dia ada peaceful demo tak apalah. Masa saya tak berapa peaceful (aman). Negara kita negara demokratik. Tidak mengapa diadakan demonstrasi kecil," Malaysiakini memetik beliau berkata ketika ditanya mengenai demonstrasi membantah kenaikan tol di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dekat Bandar Sunway Ahad lalu.

Bekas Perdana Menteri tidak bersetuju kadar tol dinaikkan sehingga 60 peratus apabila berkata jumlah trafik bertambah berkali ganda sejak perjanjian konsesi tol ditandatangani.

Tol boleh dinaikkan tetapi kadarnya tidak seharusnya sangat tinggi, katanya ketika ditanya mengenai bantahan parti pembangkang dan badan bukan kerajaan Ahad terhadap kenaikan tol oleh lima syarikat pemegang konsesi lebuh raya mulai 1 Januari lalu.

"Sepatutnya pendapatan syarikat pemegang konsesi seharusnya telah meningkat. Jadi saya fikir eloklah dia bagi maklumat tentang banyak mana dia kutip sekarang ini," Bernama memetik Dr Mahathir berkata pada sidang akhbar bagi mengumumkan penganjuran satu persidangan antarabangsa bulan depan sebagai usaha menjadikan perang itu satu jenayah.

Malaysia Today pula melaporkan, Dr Mahathir mengakui bahawa perjanjian konsesi tol tidak dirangka dengan baik semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Operator lebuhraya, katanya, kini mengaut keuntungan besar daripada kenaikan tol.

Bekas Perdana Menteri mengakui bahawa kandungan perjanjian konsesi yang dirangka semasa beliau mentadbir mempunyai kelemahan dan kabinet patut melakukan sesuatu yang lebih baik dari itu.

“Kabinet hanya meluluskan dari segi prinsip. Mereka tidak betul-betul mengkaji implikasi beberapa bahagian dalam perjanjian tersebut,” Malaysia Today memetik beliau.

"Anggota kabinet bukan pakar-pakar. Mereka adalah ahli-ahli politik dan sesetengah ahli politik seperti saya boleh jadi begitu bodoh. Apabila ada perjanjian, perjanjian itu dibuat oleh pegawai-pegawai dan perjanjian yang diserahkan kepada kabinet biasanya tidak mempunyai perinciannya," Malaysiakini memetik beliau sebagai berkata.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak berpuas hati dengan perjanjian sedemikian dan kemudiannya memberikan arahan khusus supaya disenaraikan perkara-perkara yang sepatutnya dimasukkan dalam semua perjanjian.

"Kami tidak mempunyai begitu banyak pengalaman. Kami tidak tahu tentang pertumbuhan dan reaksi orang ramai. Kakitangan awam tidak begitu memikirkan reaksi seperti ahli-ahli politik. Mereka fikir perjanjian tersebut adalah munasabah lalu menghantarnya kepada kabinet dan kabinet menerimanya. Dan sekarang kita tersangkut," katanya.

Dr Mahathir berpendapat perjanjian baru boleh dilakukan dengan syarikat pemegang konsesi tol dengan syarat mereka masih mendapat keuntungan.

“Jika pertambahan jumlah lalulintas dan syarikat memungut lebih daripada yang diunjurkan, kerajaan mempunyai bahagian terhadapnya. Jika unjuran jumlah lalulintas tidak berlaku, dengan itu jumlah yang dikumpulkan kurang, kerajaan perlu bayar pampasan.

"Saya fikir jumlah kenderaan bertambah dengan begitu banyak, tetapi saya tidak tahu. Kita tidak mempunyai angkanya. Saya banyak memandu, seperti yang anda tahu, saya juga melihat kesesakan lalulintas. Saya tahu mereka tentu mengutip sejumlah wang yang agak besar," katanya.

Monday, January 8, 2007

Protes Kenaikan Harga Tol : Petanda Baru Kebangkitan Rakyat


Perhimpunan aman membantah kenaikan harga tol yang dianjurkan oleh gabungan parti-parti pembangkang dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan telah berlangsung dengan jayanya semalam.

Hebahan dan promosi program demonstrasi ini yang telah disebarkan secara meluas melalui laman-laman internet dan blog –blog peribadi serta akhbar alternatif seperti Suara Keadilan telah berjaya menarik kehadiran ribuan peserta dari segenap lapisan masyarakat.



Slogan “Hidup hidup! Hidup rakyat! Undur-undur! Undur Pak Lah! Hancur hancur! Hancur BN!” dilaungkan berkali-kali dengan begitu padu dan bersemangat sekali oleh ribuan yang hadir. Jelas sekali bagi sesiapa yang hadir menyaksikan perhimpunan bersejarah di Sunway Piramid ini bahawa rakyat kebanyakkannya sudah mula hilang keyakinan terhadap Pak Lah dan tindak tanduk kerajaan pimpinannya dalam mengendalikan urusan negara.



Apa yang menarik dalam perhimpunan ini adalah penglibatan meluas dikalangan golongan muda kaum cina untuk bersama-sama menuntut perubahan. Kedudukan strategik tapak pelancaran Protes rakyat ini yang berdekatan dengan kolej-kolej swasta sekitar Bandar Sunway dan Subang telah menggalakkan penyertaan meluas golongan muda. Ucapan-ucapan yang disampaikan oleh pimpinan politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendapat tepukan dan sorakan yang bergemuruh dari para hadirin.



Walaupun pihak Polis pada awalnya cuba menghalang kemaraan rakyat berarak ke jalanraya setelah berhimpun di pintu masuk utama Sunway Piramid, ternyata kemaraan rakyat tidak dapat dibendung lagi apabila jumlahnya sudah terlalu ramai. Terima kasih diucapkan kepada Pihak Polis khususnya Polis daerah Subang dan juga Pasukan FRU kerana walaupun mendapat arahan dari pihak atasan tetapi mereka masih ada perasaan bertimbang rasa dan sikap kepedulian terhadap suara rakyat. Nampaknya mereka memahami sentimen kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga tol oleh kerajaan Barisan Nasional kerana secara tidak langsung mereka juga pengguna lebuhraya dan terpaksa membayar harga tol ketika diluar waktu bertugas.


Antara pimpinan Parti Keadilan Rakyat yang hadir pada pehimpunan ini adalah Saudara Tian Chua, ketua Penerangan Keadilan, Tan Sri Khalid Ibrahim, Bendahari Keadilan , Puan Fuziah Salleh, Ketua Wanita , Saudara Samsul Iskandar Mohd Akin, Pemangku Angkatan Muda, Tuan Syed Shahrir, Ketua Bahagian Kelana Jaya dan juga Presiden MTUC , Saudara Dr. Xavier Jayakumar Timbalan Setiausaha Agung, serta Saudara Dominic Ng Kim Ho, Ahli Pimpinan Tertinggi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Padungan Sarawak.


Pimpinan DAP diwakili oleh Saudara Ronnie Liu, AJK DAP Pusat, Saudara Teng Chang Kim, Adun Sungai Pinang, Saudari Theresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh dan Saudara Ng Swee Lim, Adun Sekinchan sementara PAS pula diwakili oleh Dr. Hatta Ramli , Setiausaha penyelaras protes kenaikan harga tol, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohd Sabu, Naib Presiden PAS, Tuan Haji Mahfuz Omar, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad, Ketua Unit Penyelidikan PAS Pusat serta Dr. Lo Lo Ghazali, wakil Muslimat PAS.


Wakil-wakil dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) Suaram, MTUC serta JIM juga hadir dan memberikan ucapan.


Parti Keadilan Rakyat Bahagian Pandan tidak ketinggalan untuk menghadirkan diri ke perhimpunan ini dengan menghantar wakil AJK Bahagian yang diketuai oleh Saudara Zakaria Rahim, Timbalan Ketua Bahagian Pandan.


Syabas kepada semua yang hadir diatas keberanian dan kesungguhan anda untuk memperjuangkan isu tol yang begitu membebankan rakyat. Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama sekali lagi berjaya membuktikan bahawa perpaduan sebenar dapat dicapai dengan adanya kesedaran, kesanggupan dan kesungguhan untuk berganding bahu bersama-sama dalam perjuangan menuntut hak dan keadilan demi kebaikan rakyat dan negara Malaysia yang tercinta.


Marilah bersatu dan bersama-sama dalam perjuangan untuk menuntut perubahan. Bagi mereka yang masih tertidur, mari kita kejutkan mereka dari lena yang panjang. Bagi mereka yang sudah ada kesedaran betapa pentingnya untuk membuat perubahan tetapi masih memilih untuk membatukan diri tanpa membuat sebarang usaha untuk memperkukuhkan gerakan reformasi dan perubahan, ayuh bangun dan bersama-sama kami dalam perjuangan ini. Buangkan sifat malas anda dan mulakan langkah anda dengan membantu memperkuatkan arus perubahan negara.

Waktu untuk perubahan adalah sekarang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Lagi gambar-gambar dan berita demo kenaikan harga tol:-

1) Jeff Ooi.com

2) Tian Chua's E Contrario

3) Arah Kita

4) Lensa Malaysia - Gambar berkualiti tinggi, penuh aksi dan drama.

5) Zulhabri


Thursday, January 4, 2007

Anwar will Officiate AGM NUBE

Dipetik dari laman rasmi Parti KeADILan Rakyat.

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM WILL OFFICIATE THE ANNUAL GENERAL MEETING OF THE NATIONAL UNION OF BANK EMPLOYEES (NUBE)

Datuk Seri Anwar Ibrahim will officiate the Annual General Meeting for the National Union of Bank Employees (NUBE) at 7.30 pm 5 January 2007 at the NUBE Training Centre, KM 13.5 Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.
In his speech, Datuk Seri Anwar will touch on the challenge for Malaysians in facing globalisation and liberalisation including the second round of mergers and acquisitions in the local banking sector as well as the diminishing national competitiveness.
Datuk Seri Anwar will emphasise on the need for economic renewal to replace the New Economic Policy (NEP) with a National Economic Agenda that combines an emphasis on improving competitiveness as well as preserving social justice regardless of race.
NUBE was established in 1958 and has 30,000 members. This event will be Datuk Seri Anwar Ibrahim's first public event in 2007. He is currently focusing his time and effort in Malaysia to continue the struggle and consolidate Parti Keadilan Rakyat with the other opposition parties.
To cover the event, you can contact the NUBE officer at 012-3031462.

-----------------------------------------------------------------------



Walaupun ditomah sebagai pengkhianat bangsa oleh UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, kepimpinan dan ketokohan Dato Seri Anwar Ibrahim terus diakui dan diiktiraf oleh pelbagai golongan dan terkini Kesatuan Pekerja Bank-bank Kebangsaan (NUBE) berani menongkah arus dengan menjemput Dato Seri Anwar Ibrahim untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kesatuan mereka. Diharapkan keberanian dan semangat untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini terus bersemarak dijiwa setiap lapisan masyarakat. Waktu untuk melakukan perubahan telah tiba.

Wednesday, January 3, 2007

Selamat Tahun Baru & Aidiladha

Kami dari Parti KeADILan Rakyat bahagian Pandan ingin mengucapkan "Selamat Tahun (dan juga Tol) Baru" kepada seluruh rakyat Malaysia. Mungkin belum terlewat juga bagi pihak kami untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidiladha" kepada penganut yang beragama Islam.




Semoga tahun 2007 membawa sinar dan harapan baru bagi kita semua untuk sama-sama berganding bahu melakukan perubahan kearah kebaikan.

Ceramah Umum Bantahan Kenaikan Harga Tol

Sekitar Jamuan Hari Raya Aidilfitri Anjuran PKR Pandan dan Ampang