Thursday, December 28, 2006

Pilihanraya Kecil Di Batu Talam, Pahang


Pilihanraya Kecil dijangka akan diadakan pada bulan Januari, 2007 akan datang berikutan kembalinya ke Rahmatullah Adun Batu Talam, Allahyarhan Tengku Paris Tengku Razlan pada malam tadi (27hb. Disember).

Al-fatihah kepada Allahyarham Tengku Paris Tengku Razlan dan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham diatas pemergiannya ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas roh Allahyarham.

II

DUN Batu Talam (N06) pada pilihanraya lepas menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara allahyarham dan calon PAS, Dr. Mohd Nilam Abdul Manap yang memperolehi sebanyak 2,653 undi berbanding allahyarham yang memperolehi sebanyak 5,414 undi. Seramai 8,305 atau 76.43 % pengundi turun mengundi pada pilihanraya umum yang lalu dan undi rosak sebanyak 238 undi. Majoriti undi yang dimenangi allahyarham adalah sebanyak 2,761, lebih tinggi jika dibandingkan dengan majoriti yang dimenanginya pada tahun 1999 iaitu sebanyak 751 undi.

Barisan Nasional dijangka akan tetap menurunkan calon dari UMNO bagi mempertahankan kerusi ini manakala Barisan Alternatif dijangka akan menurunkan calon dari PAS. Walaubagaimanapun, perkara ini masih lagi belum diputuskan oleh pimpinan tertinggi BA kerana sebarang kemungkinan akan berlaku sepertimana yang berlaku semasa pilihanraya kecil Lunas dahulu dimana Keadilan menurunkan calon Melayu, Saifuddin Nasution di kawasan yang mempunyai pengundi Cina yang ramai dan bertanding menentang calon dari MCA.

Batu Talam mempunyai sejumlah 10, 866 pengundi berdaftar setakat daftar pilihanraya tahun 2004. Ianya terletak di dalam daerah Raub di bahagian barat daya negeri Pahang.

III

Kami mengalu-alukan mana-mana individu yang berminat untuk bersama-sama kami membantu calon BA yang akan dipilih nanti. Bantuan boleh diberikan dalam bentuk kewangan, tenaga, kenderaan dan sebagainya.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Keadilan Pandan di talian 02-92002027 atau Sdr. Jefri di 017-2839577.

Kami akan memaklumkan dari masa ke semasa akan sebarang perkembangan mengenai Batu Talam, Pilihanraya Kecil yang akan diadakan dan juga di sepanjang kempen DUN tersebut. Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada keadilan Pandan atau sms kan kepada no telefon yang tertera diatas.

No comments:

Ceramah Umum Bantahan Kenaikan Harga Tol

Sekitar Jamuan Hari Raya Aidilfitri Anjuran PKR Pandan dan Ampang